Khamis, 10 Disember 2015


Pengetahuan Asas: Senarai Makanan Selamat untuk Sugar Gliders



MMM






Hello readers, Maddy di sini.. entri ini akan memberitahu anda tentang buah-buahan dan sayur-sayuran yang selamat untuk dimakan oleh sugars anda. Saya juga akan selitkan info nisbah kalsium dan fosforus yang terkandung dalam setiapnya.






Pemberian nisbah ratio kalsium dan fosforus amat penting untuk memastikan sugars anda hidup lama dan sihat. Rajin-rajin la mentelaah dan menghafal semua makanan yang selamat untuk sugars anda, mana tahu jika anda sedang makan tengahari di restoran dan anda ingin berkongsi timun atau tomato yang terselit dalam nasi goreng anda.. anda tidak perlu lagi ragu samada sugars anda boleh memakannya atau tidak. Hehe.









"Big apple ni halal tak agaknya?"










Senarai buah-buahan yang selamat



Epal (Banyak penjual suggies rekomen makan buah ini, namun ianya tinggi kandungan fosforus. Kandungan fosforus yang tinggi boleh menghalang penyerapan kalsium dalam tubuh badan suggies. Apabila kalsium kurang, kalsium yang sedia ada di dalam tulang suggies akan diserap dan apabila itu berlaku, tulang suggies akan rapuh. Baca Pengetahuan Asas: Penyakit Lazim Sugar Gliders, bahagian HLP (Hind Leg Paralysis) *Tahukah anda epal penyebab UTAMA sugar gliders menghidap penyakit lumpuh kaki?
Aprikot
Buah Pear
Apokat/Avokado
pisang
beri hitam
blueberry
buah Sukun
tembikai
ceri
kelapa
anggur
kranberi
Kurma
Jeruk Bali
jambu Batu
Tembikai susu
nangka
Buah Kiwi
Buah Kumkuat
Buah lemon
Kulit lemon
limau mandarin/cina
kulit limau mandarin/cina
longan
mangga
betik
Buah Markisa
pic
pear
nanas
pisang (Juga tinggi fosforus, jangan beri dalam kuantiti yang banyak.. ia boleh membuat bulu suggies gugur, seterusnya melemahkan badan sugar gliders dan langsung mati)
plum
Buah delima
prun
Buah Pomelo
kismis
raspberi
Bunga Roselle
Durian (Tak bagus kalau bagi banyak sangat. Tapi dinasihatkan tak bagi langsung kerana buah ini pada manusia pun boleh menjadikan orang itu panas dan tak selesa. Akibatnya pada suggies mungkin teruk dan ia dikatakan juga boleh menyebabkan kematian) Jadi toksahlah beri depa makan durian bila nak musim nanti. Makan sendiri je la ye!
strawberi
tomato
tembikai
Buah Tin














Ini pula senarai sayur-sayuran yang selamat

Asparagus
Alfalfa Pucuk
Amaranth
rebung
bit hijau
bit
Kacang Hitam
Pak Choy
brokoli putih (tak bagus banyak-banyak)
Burdock Akar
Skuasy Butternut
sayur kubis
lobak merah
daun Saderi
chayote
chicory hijau
sayur kubis Cina
Collard hijau
ketumbar
jagung
Cowpeas
timun
Dandelion hijau
Dock
terung
Kacang Perancis
Akar halia
kacang hijau
Salad (Butterhead)
Salad (gelap hijau daun)
Salad (aisberg)
Salad (Red)
Salad (Romaine)
serendeng Kacang
cendawan
sawi hijau
Bayam sawi
sayur kubis
bendi
daun pasli
Parsnips
Peas
kentang
labu
lobak
Red Peppers
Rutabagas
Snow Peas
kacang soya Bean
Skuasy spageti
bayam
Skuasy
Sweet Peppers (Green)
Sweet Peppers (Red)
ubi keledek
Swiss Chard
tauhu
lobak
lobak hijau
seladri air
Skuasy Winter
keladi
Wax Kacang Kuning
timun Jepun
Brokoli hijau (tidak bagus bagi banyak-banyak)

Ada beberapa buah dan sayur import yang telah saya buang dari senarai kerana buah atau sayur tersebut sukar didapati di Malaysia. Tetapi, jika anda ingin tahu kesemuanya dengan lengkap, ini sumber link laman web yang saya memperoleh senarai makanan tersebut.







Baby, sugar saya. Tapi tu epal saya, bukan dia yang gigit!





Peringatan readers! Ini cuma senarai mudah dan untuk Newbies atau pemilik sugars yang baru mula membela mereka. Perlu diingat apabila memilih buah-buahan dan sayur-sayuran untuk sugars anda, walaupun sesuatu itu selamat dimakan, ia tidak bermakna ia patut diberi secara berlebihan kerana terlalu banyak dengan sesuatu yang bagus adalah tidak elok. Bayangkan coklat sebagai contoh, jika anda makannya, baik untuk hati dan mengurangkan stres. Jika berlebihan, obesiti pula akan menggantikan segala yang baik itu.





Jadi jika anda sayang lebih dekat sugars anda, sila baca senarai makanan yang mengikut turutan nisbah kalsium dan fosforus untuk mengenal pasti apa jenis makanan yang bagus atau tidak patut diberi secara berlebihan agar diet pemakanan mereka seimbang.


Oh, satu lagi! Ini dia makanan yang perlu dielakkan untuk sugars;






Tauhu dan produk kekacang soya: Penyelidikan pada beberapa haiwan lain menunjukkan tauhu boleh memberi kesan negatif kepada sistem penghadaman. Setakat ini, kesan negatif ke atas sugars belum lagi terbukti. Namun sesetengah penternak sugars membantah tauhu sebagai makanan sugars kerana ia merupakan sumber protin daripada kekacang, dan bukannya daging atau serangga. Jadi, ia lebih selamat untuk hanya memberi cebisan ayam kepada sugars sebagai sumber protin mereka.

Anggur & Kismis: Mungkin ada benda yang mengaitkan anggur dan kismis dengan kegagalan buah pinggang dalam sugars (serta binatang peliharaan lain).

Biji benih, kulit, dan sisa biji buah-buahan: Buang biji dari mana-mana buah-buahan yang anda berikan sugars anda. Biji benih, kulit, dan sisa biji buah-buahan tidak baik untuk sugars, namun sugar gliders kebiasaannya bijak untuk meninggalkannya dan tidak memakannya. Yay untuk sugars!






Ini merupakan sumber laman web yang digunakan;






www.luckyyou-gliders.com


www.sweet-sugar-gliders.com







OM NOM NOM


www.petgrowth.com






Baiklah, itu sahaja mengenai makanan selamat untuk sugars. Mungkin selepas ini saya akan membuat post mengenai makanan yang tidak selamat pula. Beri cadangan jika anda mahu saya menulis tentang apa yang anda mahu, mungkin saya akan tulis mengenainya. Sehingga itu, komen, share atau like post saya jika anda suka.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan